Posts

Showing posts from January, 2018

Kemungkinan Kita

Aku dan kamu Yang ada hanya Angan-angan tentang Kemungkinan-kemungkinan Jika kita mahu Jika kau memilihku Jika aku menerimamu Jika seluruhnya bersama kita Sekadar angan-angan Tentang kemungkinan-kemungkinan Biar setakat itu sahaja Dengan seluruh kemampuanku Aku memilih Untuk tidak menjadikan Kemungkinan-kemungkinan itu Realiti Yang bahu kecilmu Mungkin tidak tertanggungkan Yang hati rapuhku Mungkin tidak tertahankan 'Aini Aton 18 Januari 2018 Konfrontasi hati yang masih berjalan

Ombak Itu Kamu III

Bila pantai disapa ombak Ia teringat kepada laut Lautlah tempat ombak Di lautlah tanggungjawab ombak Luas dan mendalam Bukan di sisi pantai Mungkin Mungkin aku tidak patut Menamaimu ombak Kerana walaupun Ombak tidak dapat tinggal Ia akan tetap tiba di pantai Sedangkan kondisi kita Realitinya Tidak seharusnya Wujud perkaitan Seperti pantai dan ombak Dan aku Aku sejujurnya enggan menjadi Seperti pantai yang terkesan Oleh ombak Aku enggan menjadi penanti Ombak yang datang dan pergi Dan paling penting Aku tidak mahu bermimpi Apa yang bukan kepunyaanku 'Aini Aton 16 Januari 2017 Masih konfrontasi hati Menghapus jejakmu

Ombak Itu Kamu II

Kamu ombak Sebahagian dari Lautan yang amat luas Aku pantai Cuma pinggiran kecil Dari daratan Pantai hanya persinggahan Sedangkan ombak tempatnya bersama laut Jelas sunnatullah untukmu Malah datangnya ombak Bukan kerana pantai Hanya mengikut aturanNya Deburan demi deburan Usahlah dibicarakan berlebihan Sedangkan buih-buih pun Tak dapat kekal Pun pantai Tempatnya bersama daratan Sesuai dengan sunnatullah untuknya Pasrah menghantar ombak Pulang ke pangkuan lautan 'Aini Aton 15 Januari 2018 Konfrontasi hati

Ombak Itu Kamu

Umpama pantai Yang disinggahi ombak Lalu berlalu pergi Bersilih ganti Pantai itu hatiku Ombak itu perasaan yang dibawamu Sekejap Mengubah pepasir Membawa pelbagai isi lautan Terdampar Tapi aku pantai Perasaan itu ombak Yang menghempas Yang akan berlalu Pergi Ombak tidak dapat tinggal Pantai tidak dapat ikut pergi Takdir ombak dan pantai Sekadar begitu 'Aini Aton 12 Januari 2018 Berpaling & berlalu