Bila Berasa Lelah dan Tidak Berdaya
Assalamualaikum,
Memahami jawapan dari Allah adalah satu rahmat.
Semoga aku dikalangan orang yang bertuah, yang dapat memahami 'bicara' Allah.
Amiin Allahhumma Amiin.
~
Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya
daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kaufikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu saja
Allah sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kaufikir bahawa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.
Ketika sesuatu yang indah terjadi
dan kau dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi
dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu
dan memanggilmu dengan namamu.
Ingatlah bahawa di mana pun kau
atau ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar.
Wassalam
Comments