Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Ayah dan Ibu...

Assalamualaikum,
Hari ni aku menangis menonton video ini.


Video tersebut berobjektif memperkenalkan MedicMesir, but I just can't help to read between the lines. And came the tears.
Dalam menjadi manusia, wujud masa-masa jahil di mana aku berasa malu dengan perkaitan yang ada dalam kehidupan aku. Aku pernah malu mempunyai ibu bapa dan keluarga yang menjadi diri mereka dan berada di tahap yang mampu mereka capai. Aku berasa tidak setaraf. Aku berasa 'dirahmati' dengan kepintaran dan kebolehan di tahap yang berbeza.
Dan hari aku tersedar dari kejahilan tersebut adalah hari yang paling memalukan dalam hidup aku. Itu adalah hari aku paling kecewa dengan diri sendiri. Hari aku yang paling bodoh. Hina sungguh diri aku sebagai seorang anak yang malu terhadap ibu bapa dan keluarga sendiri.
Mana ada ibu bapa yang tidak berkorban dan tidak buat habis baik untuk anak-anak mereka. Semua yang bernama ibu bapa, semua yang keadaan mindanya berada di tahap keibu bapaan, akan buat habis baik. Se…