Posts

Showing posts from March, 2012

Just Saying 26-March-2012

It's easier to catwalk in [scary] high heels than to walk properly in a pair of flats. The nature of the high heels sort of not giving you any option but to walk the walk . It's not because you have a better walk. Just saying~

Tanaman Akhirat

Assalamualaikum, "Dunia adalah tanam-tanaman akhirat." Al-Hadis. Begitu peringatan dalam meniti helaian-helaian terakhir 'Nota Hati Seorang Lelaki'. 'Tanam-tanaman' inilah yang bakal menemani kita selepas melewati kehidupan yang seketika: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya. Untuk bersedekah perlulah mengumpulkan secukupnya. Mestilah yang halal dan berlandaskan Islam. Biar jadi si kaya yang pemurah. Biar jadi si kaya yang banyak memberi di dunia dan banyak mendapat di akhirat. Biar jadi si kaya yang merendahkan diri di dunia tapi mendapat ketinggian di akhirat. Ilmu perlu dituntut kemudian disampaikan dan dikongsikan. Persoalannya ilmu yang bagaimana? Ilmu yang membawa ke 'jalan yang lurus'. Atau ilmu yang merantai dan mengheret ke neraka yang dalam? Kalau ilmunya betul sekalipun, adakah sekadar diempang?

Just Saying 14-March-2012

Benarkah dalam berkata-kata? Dilakukankah apa yang dinasihat? Ikhlaskah dalam berdoa? Semoga Allah beri pendidikan dan mohon hati ditetapkan. Amiin Ya Rabb.

Yang Mendung Hanya Cuaca

Image
Assalamualaikum, Walaupun cuaca mendung, tapi hati ada matahari yang tersenyum. Macam ni ^________________________________^ Musim bunga ketika mood Dingin Pulau Pinang tanpa lavender. Berkuasanya sebuah ucapan "Assalamualaikum". Semoga Allah sejahterakan kamu juga~ Alhamdulillah, masih diizinkan senyum dan mendapat kelapangan hati. Semoga jadi hamba yang sentiasa bersyukur dan cukup. Amiin Ya Allah. Wassalam.

Masa Kecik Dulu

Di petang yang bosan, muncul emel yang membuatkan hati tersenyum ^______^ Kita pernah buat salah satunya masa kecil: 1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar. 2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita. 3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi. 5. Lukis burung guna huruf 'v'. 6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥ 8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. Hahahaha. As for myself, I used to think that TV personalities, actors and actresses are from other world. You know, like they are living in the TV and they are similar to cartoons and not really exist. I miss the simple minded me.

What I Can Do

Assalamualaikum, "Dan apabila mata ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu doa seorang ibu." For someone who has just lost a mother, above phrase was like a lightning straight to my heart. I was tremendously saddened by it. It was one of the loneliest days in my life after the passing of Mak. It was the day the emptiness inside me becomes more significant. It sent shivers to my spine - how would a child live without a mother's doa? It is sad when we only think about ourselves. Like I said, how would I live without Mak's doa? It is sad when we only see what a mother (or a parent) can no longer do to us. It is sad when we only see what we no longer have. But have we ever asked ourselves, what we can do for them? Have we ever sit down in between of the mourning and longing and ask: what our parents really need after their passing? "Abu Hurairah .a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal d