Monday, January 30, 2012

Awan Nano yang Sempoi

Assalamualaikum,

Akhirnya, Awan Nano terpilih sebagai Juara Lagu ke-26. Hafiz the comot of the night, juga mempertahankan Vokal Terbaik, mungkin juara yang paling sempoi dalam sejarah Juara Lagu - sekadar memakai t-shirt, seluar sukan Adidas yang dilipat kakinya sebelah pendek dan tidak berselipar. Terbaik! Kemenangan Awan Nano ciptaan Datuk M.Nasir dan Budi Hekayat, nyayian oleh Hafiz memang tak perlu dipersoalkan lagi. Gubahan muzik dan lirik yang puitis. Industri muzik Malaysia memang perlu lebih lagi lagu yang berkualiti begini ^_____^

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

***---***---***---***---***---***---***

Persembahan paling ditunggu-tunggu:
Beribu Sesalan (3 Suara) - Memang excited memikirkan Beribu Sesalan diiringi orkestra. Tak menghampakan. Tapi Beribu Sesalan pernah dipersembahkan dengan lebih awesome dan memorable ketika menjadi jemputan dalam satu anugerah berprestij.

Persembahan dan arrangement muzik paling marveles:
Penakut (Yuna), Gadis Semasa (Yuna) - Melalui persembahan dan arrangement muzik, terbukti kebolehan Yuna sebagai komposer dan penyanyi. Memang Yuna bukan sekadar satu lagi produk indie yang tangkap muat, sebaliknya hadir dengan bakat dan pakej. Patutlah boleh bawa muzik sampai ke luar negara.

Persembahan paling tak percaya:
Awan Nano (Hafiz) - Semestinya! Tak perlu diterangkan lagi mengapa Awan Nano adalah persembahan yang paling tidak percaya... Walaupun Hafiz tak bawa awan ke atas pentas~ Hahaha :p

Persembahan yang paling terkejut:
Karma (Faizal Tahir), Kisah Hati (Alyah) - Bila Faizal Tahir kata beliau tiada sebarang kejutan untuk Karma, sekelian peminat tak percaya. Sekali dia bakar piano tahun ni! Memang pada awal permulaan Kisah Hati, tertanya-tanya adakah Remy Ishak akan muncul. Tiba-tiba Remy Ishak memang betul-betul muncul! Wah wah wah~

Baju paling lawa:
Alyah (Kisah Hati), Penakut (Yuna) - Alyah, baju you memang lawa lah! Warna tema raya tahun ini semestinya.... Yuna, love your style! Gabungan gaya dan warna yang berani dan memang mewakili personaliti Yuna.

Persembahan dengan elemen paling baru:
Sungai Lui (Aizat) - Sand art... Memang sesuatu yang baru di Malaysia. Walaupun ala-ala video klip Kim Hyun Joong, tapi memang kreatif... Go Aizat!

Juara Lagu ke-26 akan perfect andai:
Anuar Zain nyanyikan lagu Sedetik Lebih - Ini sudah pasti. Sapa setuju, angkat tangan.

Yang Ai kagum:
Saat AJL26 dimulai dengan Jamal, Awie dan Sheila Majid, memang terus ternganga tengok pentas yang bertemakan Air. Wow! Terbayangkan kos, teknologi dan kepakaran untuk menjayakannya. Tapi bila Hafiz hampir terjatuh, terfikir pulak OSH dan DOSH. Hahahaha ;)

Yang Ai tak suka:
1) Kamera - Sangat terganggu dengan shot kamera malam tadi. Macam tak ada arah tuju dan tidak teratur. - takde pengarah ke apa agaknya. Dengan ada flare masa shot kat FBI dan Cheryl, dengan tunggang terbalik for no reason, fokus kepada yang tak penting (macam kat perempuan seksi kat barisan depan)... Ada ketikanya langsung tak nampak effort dan props atas pentas. Pendek kata memang tak puas hati.
2) Seriously, sapa gadis-gadis seksi di barisan depan yang asyik difokus oleh cameraman tu??? Sorry la kalo diaorang tu artis or somebody kan. It was disturbing and not a beautiful scene at all. Mungkin statement ni keterlaluan, tapi memang macam shot 999 or Buletin Utama masa serbuan ke kelab malam. Siap kunyah chewing gum dengan penuh attitude.

Thursday, January 19, 2012

Just Saying 19-Jan-2012

It is not hard to work with other people. The toughest part is to tolerate with other personality, especially a complete opposite. Make it work and you can lead any army. Just saying….

Friday, January 13, 2012

28th: Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Today is a wonderful Friday.
I am 28 today. I was born on a Friday 28 years ago.

Alhamdulillah. All Praise to Allah.
There wouldn't be any perfect start for this special day other than Alhamdulillah. All Praise to Allah, the Creator, for His Will that I still exist in this world - another day, another minute or maybe another second. As I am writing this entry, I am never sure that I'd live up to the day to post it. May this age and time are blessed with more ibadah and taubah. I only have one wish on this day:

“O Allah! Guide me with those whom You have Guided, and strengthen me with those whom You have given strength, take me to Your care with those whom You have taken to Your care, Bless me in what You have given me, Protect me from the evil You have Ordained. Surely You Command and are not commanded, and none whom You have committed to Your care shall be humiliated [and none whom You have Taken as an enemy shall taste glory]. You are Blessed, our Lord, and Exalted.” [Qunoot]

Amiin Ya Rabb.

Biasanya ucapan hari lahir mendoakan usia yang panjang dan rezeki yang murah. Apalah guna usia yang panjang andai tidak diberkati dan hidup bergelumang dosa. Apalah ertinya andai rezeki mencurah-curah dari sumber yang tidak halal. Cukuplah usia sekadarnya yang dimanfaatkan untuk mengagungkan Maha Pencipta, merindui Rasulullah dan mencintai ibu bapa. Cukuplah rezeki sekadarnya asalkan halal dan diberkati.

Wassalam.

Monday, January 9, 2012

Just Saying 09-Jan-2012

Bila hati seorang wanita pergi, dia benar-benar pergi.
Just saying.