Friday, June 24, 2011

Usai Stanza Cinta

Assalamualaikum,

Membaca "Stanza Cinta" menitipkan rindu kepada keluarga usrah di Sarawak. Tema dan kisah yang dibawakan oleh penulis terasa tidak asing dan dekat sekali di hati. Ada diantaranya memang pernah aku alami, sebahagian lagi memang terjadi - lalu aku percaya "Stanza Cinta" bukan sekadar cerita di atas kertas. Pertama kalinya, sesebuah novel itu terasa begitu peribadi dan penuh emosi untuk aku. Bukan hanya kerana rindu, tapi yang utamanya, aku perlu diingatkan. Alhamdulillah, novel ini adalah peringatan yang baik.

Banyak yang disampaikan melalui watak Amni Sorfina. Melalui "ketenangan yang suci" itu, disampaikan impian dan prinsip yang wajar bagi seorang Muslimah; dan bagaimana menjadi Muslimah yang sejati. Menelusuri hidup seharian Amni Sorfina pembaca diperkenalkan dengan pendidikan akhlak yang baik - kepentingan solat dan doa, saranan bersabar dan bersangka baik, tanggungjawab, adab pergaulan serta cara terbaik untuk berhadapan dengan ujian Allah. Aku suka bila "Stanza Cinta" memetik pelbagai hadith, ayat Al-Quran dan mutiara kata yang menyentuh hati sebagai kelangsungan risalah tarbiyahnya. Secara tidak langsung, hati terdidik dengan hikmah.

Persoalan yang utama adalah cinta, tapi bukan cinta biasa. Amni memperkenalkan konsep cinta dalam Islam. Cinta agung itu hanya milik Al-Khaliq dan itulah juga satu-satunya kunci cinta seorang Muslimah. Lalu menepati saranan Rasulullah supaya seseorang Muslimah itu memilih seorang lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami: “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” (Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf Hassan)

Justeru, Amni menutup pintu hatinya daripada sekadar lelaki dan tidak putus berdoa kepadaNya untuk jodoh yang diredhai - pemilik tulang rusuk serta imam yang bakal membimbing dirinya yang telah diwakaf ke jalan Allah. Aku bersetuju dengan Amni, cinta seorang Muslimah itu hanya untuk seorang lelaki bergelar suami. Dari doa Amni, terasa indahnya penantian tersebut. Hati mana yang tidak berasa cinta kepada hamba lelaki yang yang sangat mencintai Maha Pencipta. Malah hati juga milikNya. Bukan rupa, harta mahupun keturunan yang jadi buruan, cuma sekeping hati yang ikhlas kepadaNya.

"Aku mencintainya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya…"

Setiap manusia tidak terlepas daripada ujian, begitu juga Amni. Berdasarkan pembacaan, didapati ramai yang tidak setuju apabila watak Amni menjadi lemah dan kalah dalam ujian hati. Mungkin terlupa bahawa Amni cuma manusia biasa, Amni dituntut untuk menjadi luar biasa tatkala berhadapan dengan peristiwa yang secara logiknya menyebabkan patah jiwa. Amni cuma seorang wanita yang memburu cintaNya. Kerana cinta Amni kepada Maha Penyayang, Amni bangkit dan mendapat pelajaran daripadaNya. Ujian yang mematahkan jiwa Amni sebenarnya membuatkan Amni lebih kuat dan matang. Sesungguhnya tiada yang sia-sia daripada Allah.

"Aku belajar daripada tarbiyah-Nya yang lalu, supaya ada batasnya dalam mencintai setiap makhluk-Nya. Cinta separuh matiku ini hanyalah untuk Allah. Namun, duhai suamiku, aku juga mencintaimu dengan segala yang aku miliki. Aku ingin menjadi zaujahmu yang terbaik, yang dapat menghiburkan hatimu dan membuat engkau selalu tersenyum melalui hari-harimu." Amni Sorfina.

"Kamu perlu istiqamah atas jalan ini. Walau apa pun badai yang datang selepas ini, jangan undur. Terus mara. Apabila jatuh, bangkit lagi. Itu baru Muslimah sejati. Apabila kamu berasa letih berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Tetapi, sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal." Ustaz Yazid.

Sejujurnya, "Stanza Cinta" adalah bacaan yang [lebih] sesuai untuk mereka yang melibatkan diri dengan dunia dakwah dan jemaah. Bukanlah tidak sesuai atau tidak difahami untuk mereka yang sebaliknya. Cuma struktur sosial, cara hidup dan persekitaran yang digambarkan boleh jadi sedikit sukar untuk dicerna mengapa dan bagaimananya. Pun begitu, andai yang membaca mempunyai minda terbuka yang mahu cuba untuk memahami mesej yang penulis cuba sampaikan dalam naskhah dakwah beliau, inshaAllah, banyak manfaatnya dan semoga Allah permudahkan perjalanan tersebut.

***Bahagian terbaik dari novel ini adalah mahar kahwin Amni yang berupa bacaan hafazan dari surah At-Tahrim, ayat ke-6: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."***

Wassalam.

Thursday, June 23, 2011

KL Gengster

Assalamualaikum,

Sumber: SKOP
Klasifikasi : PG 13
Genre : Aksi
Pengarah : Syamsul Yusof
Cerita / Skrip : Syamsul Yusof / Rizal Ashreff
Pengarah Fotografi : Azami Alias / Omar Ismail
Penyunting : Hisyam Jupri / Syamsul Yusof
Terbitan Oleh : Skop Productions

Para Pelakon:
Aaron Aziz ... Malek
Adi Putra ... Jai
Redzuan Hashim ... King
Syamsul Yusof ... Shark
Shoffi Jikan ... Ajib
Zizan RL ... Fadil
Adam Corrie ... Dragon
Ku Faridah ... Ibu (Malek, Jai, Zati)
Sheera Iskandar ... Zati
Anna Halim ... Erin

KL Gengster (KLG) memang tak tersenarai dalam list tontonan bulan ini. Antara sebabnya termasuklah: aku tak begitu favor cerita-cerita SKOP, aku tak favor Syamsul, dan aku tak favor cerita-cerita gengster ni, tambahan kalau cerita Melayu. Tapi kontroversi KLG dengan pertubuhan tersebut, plus kutipan mencecah 11 juta seolah-olah menggeletek hati. Tiba-tiba terbaca Aaron "Seth Tan Irfan Ikmal" Aziz kata dia dah tengok KLG 3 kali. Apa lagi, terus search semua review pasal KLG - overall review bagus. Laju je book tiket! [Ada gak la terasa macam mangsa kontroversi semata, tapi tak kisah la~]

Keluar dari panggung, hati kata sudah jatuh cinta dengan Aaron "Malek" Aziz. Cemane lah kan~ Hahaha.

Bagi aku, KLG ni filem yang sedih. Sedih untuk watak Malek. Entah berapa ramai Malek di luar sana. Bukan tak baik. Baik sebenarnya. Kalau aku kata takde pilihan, rasa macam tipikal. Tapi nak kata takde pilihan, sebenarnya ada - just harder, that's all. Di antara gengster-gengster yang hangin siang malam, ada mesej kekeluargaan yang terselit dalam KLG. Aku rasa sebab tu la aku jatuh cinta dengan Malek - I am always fond with guy who has his heart bound by blood and chain to his family. Tersentuh hati aku tengok expression Malek bila dia dapat tau famili dia terpaksa jadi korban - and his best friend were later killed - as the price for being who he was. With great power comes great responsibility and life offer no discount.

Sesuatu yang salah tu, tetap salah walaupun sejuta orang kata betul. Dan yang benar, tetap benar walaupun sejuta orang kata salah. Malek mungkin juga representasi satu penyesalan. You know what they say about this: it's a one way ticket to hell. It will be too late when you know where you're heading. Perkara-perkara pelik yang memusnahkan masa depan ni memang tempting... dah la tempting, mudah pulak tu nak terjebak. Tapi bila sampai masa nak berubah, susahnya berkali ganda. Ala-ala suntik Botox gak la... Nak suntik murah je, tapi nak buangnya lebih mahal, dan lebih menyeksakan. So fikirkan la habis-habis sebelum decide nak buat apa dengan kehidupan - walaupun you all kata ini kehidupan you - padahal hakikatnya hidup you tu hak milik Allah.

Kesimpulannya, aku memang suka lah dengan KLG. Walaupun tak bagi full mark serta ada here and there perlu improvement, KLG memang karya yang bagus. Tak sia-sia Syamsul menang Best Director Festival Filem Malaysia Ke-24. Gabungan mantap bersama Rizal Ashreff. Memang keturunan Datuk Yusuf Haslam. I think I like KLG better than Khurafat kot. Filem-filem Syamsul yang lain aku tak layan. Mungkin pasni la~ Semoga penggiat seni Malaysia berusaha lebih untuk hasilkan karya yang bermutu, jangan tangkap muat je...

Pemilihan pelakon pun agak tepat. Cumanya, maybe lebih elok kalau Syamsul stick with directing kot :P His acting skill has improved a lot, but you know~ Kalau watak Jai tu Shaheizy Sam yang pegang then Shark tu Adi Putra, fuh marveles! Betul-betul tercabut kerusi panggung. Shoffi Jikan sebagai Ajib memang tak perlu cakap la - sungguh real. Memang berbakat dan versatil si Shoffi ni. As for Zizan "Abang Long Dil", terbaek la. Zizan boleh pergi jauh dalam dunia lakonan - menyanyi pun sudah yer :)

Jalan cerita tak meleret, ringkas dan padat - straight to the point. Takde bunga-bunga, terus sepak terajang je. Skrip memang realistik - rasa menanah telinga aku dengar maki hamun dan budi bahasa yang digunakan. Ada parents mana ntah yang bawa anak-anak tonton KLG - harap jangan la lepas ni budak-budak tu excerpt dialog KLG di manap-mana. Pasti menconteng arang di muka parents mereka. [Patut rated 18SG KLG ni!] Yang lebih baik, KLG takde bunga-bunga tahi ayam ala Megan Fox dalam Transformers. Tak perlu, memang tak perlu. See, dah 11 juta walaupun takde awek seksi. Setakat Sheera je la.

Ingin nak ucap tahniah sambil standing ovation kepada pengarah lagak ngeri KLG. Aksi lawan-lawan yang realistik dan seronok untuk ditonton. Koreografi KLG yang baik dapat menutup banyak kelemahan hero-hero yang memang takde basic martial art. Nampak jugak la dua tiga moves yang rasa nak tepuk dahi. [Sedangkan Rain dalam Ninja Assassin pun kena kutuk kan...] Tapi oke la. At least takde la fight moves yang total nonsense. Nasihat kepada Syamsul, untuk sekuel or prekuel tolong la invest sikit untuk martial art training. Baru la real bro!

Post-it! Note:
1. Sungguh benci bila KLG nih ada narrator. Dah macam Desperate Housewives der~ Dah la suara Aaron "Malek" Aziz tak comei langsung :p
2. Setuju dengan Review Filem dalam banyak perkara!
3. Utuh sungguh meja kat Pasar Selangor. Kena hentak dengan Malek dan gengster-gengster tu pun still berdiri teguh~
4. Walaupun tipikal, aku tetap rasa ending Malek could have been better. His has put up great effort and determination untuk cuci tangan. Buat la famili Malek bersatu semula. Baru la ada motivasi dan kelangsungan dengan watak Malek yang family guy.

Wassalam.

Monday, June 20, 2011

Difikiran

Assalamualaikum,
Pernah tak kita terfikir, cinta siapa yang kita ingin dapatkan? Cinta seorang manusia sebagai peneman di dunia atau cinta Illahi yang tak pernah surut, berubah atau berakhir?
Wassalam.

Friday, June 17, 2011

Perkenalan Stanza Cinta

"Aku mencintainya kerana Allah. Aku mencintainya kerana agama yang ada padanya. Jika dia menghilangkan agamanya, maka hilanglah cintaku padanya…"

Assalamualaikum,

Subhanallah... Terasa rahmatNya memayungi hari Jumaat 15 Rejab 1432H hari ini. Pertemuan dengan novel "Stanza Cinta" umpamanya pertemuan semula dengan seorang sahabat lama - dekat di hati serta dirindui. Umpama tarbiyah untuk hati.

Sekadar membaca kupasan dari penulisnya, aku kenal jalan cerita "Stanza Cinta". It could happen to anyone of us, kepada hati-hati yang mencari cinta Illahi. Ada yang berpendapat karakter yang digambarkan alim tidak seharusnya mempunyai bicara-bicara cinta dalam hatinya. Berlaku adil, cinta itu fitrah dan anugerah dari Allah. InshaAllah, akan faham bilamana situasi itu berlaku kepada diri kita sendiri...

Semoga naskhah yang dibeli segera tiba~

Anticipating the drama @ TV3 this Sunday!


Wassalam.


OST STANZA CINTA
Lirik: Nurull Halawati & Dodi Hidayatullah
Lagu: Dodi Hidayatullah

Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu

Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
Di bawah cinta alirkan bahagia di Redho-Mu

Kutidurkan mimpi indah ini
Pada-Mu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini…
Padamu Ya Ilahi…

Kan kusimpan dalam rongga hati

Stanza Cinta

Tuesday, June 14, 2011

Novel dan Nora Elena

Assalamualaikum,

Malam tadi speed reading novel "Kasih Yang Suci" bersempena dengan drama adaptasi novel tersebut, "Nora Elena". Last novel Bahasa Melayu yang dibaca adalah trilogi "Bagaikan Puteri" by Ramlee Awang Murshid, then recently re-reading novel "Adam dan Hawa". Sudah lah last week berteleku di laman web Alaf 21 mencari tajuk-tajuk novel yang pernah dibaca masa zaman remaja. Sampai housemate pun beriya-iya buat list novel yang dia ada :p Hahaha. Lagho sungguh la...

Disebabkan kat rumah sewa Ai yang paling senior, rasa over excited pulak bergelak ketawa dengan adik-adik pasal hero-hero novel ni ^_____^ Terasa muda kembali kot! This is the evergreen part for me. I don't recall buying any novel, but I befriend with novel lovers. So kita pon hanyut dalam dunia novel jugak. Mula baca novel masa di Matrikulasi. Biasanya satu novel tu memang akan bertukar tangan dari seorang ke seorang. Dan biasanya jugak Ai la yang last. Kemudiannya, semua akan diam je khusyuk membaca sambil tersenyum-senyum, kadang-kadang ikut frust dan marah. Ada sekali tu, pukul 3-4 pagi menangis teresak-esak sebab hero mati.

Hahahaha. Those were the days. Really crazy days. Even before Edward Cullen. Siapa kata lelaki Melayu tak bisa mencairkan hati :p

NORA ELENA

Never read this novel. If I did, I might have serious amnesia because Seth and Nora Elena are two hard-to-forget name - and their story also rare. I do what I do best - skip everything and get straight to the important point - so I didn't have much to say about the novel. However, I found that the characters in the novel are more real than the one in the drama. Does their story make sense? Of course not. Kalau kita kat tempat Nora Elena, you think you'd still forgive Seth? Kalau real guy kat tempat Seth, would he care that much? Nama pun novel / fiksyen kan. So daripada memeningkan kepala, why not just enjoy it.

At first, I was not excited with this drama. Tapi lagu "Berubah" tu memang sungguh berhantu dan sesuai sangat dengan drama Nora Elena ni. Kadang-kadang sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi... Other OSTs pun best: Asfan's "Terhenti" and Erry, Shajiry and Reen's "Jangan Kau Pergi". Believe it or not, just because Nora Elena and the OSTs, I have finally stop listening to Korean songs. Hehehe.

Which Seth do I prefer?
I only know Aaron Aziz as Seth, but the Seth could be someone else :p

YANG AI CARI

I'm looking for this one particular novel. Baca masa kat Matrikulasi, tajuk, nama penulis, even nama watak pun tak ingat. Tapi perasaan sedihnya masih terasa - inilah novel yang buatkan Ai menangis 3-4 pagi :p Oke, the story goes like this... Watak perempuan tu pada mulanya tak suka sangat pada watak lelaki. He was her visiting cousin or something. But somehow between all the yellings, they fell in love and then got married. Unfortunately, he was diagnose with terminal illness - I can't recall the sickness came before or after the marriage. Anyway, that was the sad part - knowing that someone you love would leave you. He passed away and I cried my heart out.

Rasanya susah nak cari, sebab most novel pun ada kisah yang lebih kurang sama macam ni.

HERO PILIHAN

[Drumroll!]

Laksama Sunan daripada trilogi "Bagaikan Puteri" karya Ramlee Awang Murshid.

Gambaran lelaki soleh yang layak dijadikan suami. Laksamana Sunan lain dari hero novel yang lain... Kalau hero novel yang lain terkenal dengan romantiknya, nakalnya, dan perangai-perangai lain yang tak ada pada lelaki dalam realiti - yang membawa pembaca terbuai-buai membazirkan 10% otak - Laksamana Sunan tidak.

He's very much real. He's just ordinary guy. Orang kampung je pun. Berharta tidak. Tapi istimewanya Sunan, dia membawa pembaca mengingati Allah. Sudahlah handal bersilat. Jatuh cinta dengan Sunan berbeza perasaannya ^____^

“Awan..
kalau dapat dicapai
maka sakti la hamba
kau bagaikan puteri...”

Wassalam.

At Night

Assalamualaikum,

It is hard to focus on sleeping when you have a lot of things in your mind... and heart. I was just bothered and maybe annoyed. If I was in a movie, this is the part where you'd see me sitting alone in a dark room with the rain pouring outside and pathetic song played on the background. Luckily I am afraid of the dark and the weather was clear last night. So I end up writing my heart in my diary, then spending my time threatening the spiders and making plans to ruin their webs - until I finally doze off.

Dozing off, I silently tell myself that sleeping is necessary, and I'd feel better when I wake up. There's not much I can do, after all. I am too cowardly to take the risk. Yes.

Wassalam.

Friday, June 3, 2011

Malaysia dan KPop

Assalamualaikum,

Topik di atas adalah dirujuk.
Sejak akhir-akhir ni semakin macam-macam ceritanya. Bermula dengan 24:7 [yang sekarang dah tukar nama jadi Max247], kemudian Gula Gula, tiba-tiba ada pulak Hey Miss Chenta (HMC) dan entah macam mana KRU's V.I.P pun dah termasuk dalam skop Malaysia's KPop. Nama-nama di atas adalah yang paling sering disebut. Yang lain-lain tak perasan pulak.

Sigh. Sigh. Sigh!

Sungguh tak faham la.
Apsal nak sangat bawak genre ala KPop ni... Artis KPop yang Korea produce tu pun dah cukup banyak sampai tak ingat nama. Takkan artis Malaysia pun nak tambahkan ketepuan KPop dalam minda rakyat Malaysia kot...? Fine, we all memang faham yang konsep segala nih ada kaitan dengan kehangatan serta market KPop yang tinggi. Tapi kan, market gilang gemilang tersebut adalah specific kepada Original KPop.

Look, darlings.
Please, please try to understand this. We listen to KPop because it is different. Music wise, maybe we can try to import something new from them. Tapi tak payah kot nak jadi 100% macam KPop, especially style... Even 85.3% pun jangan lah... KPop fans tak hingin nak tengok another SUJU, Z:EA, SNSD, T-Ara, Big Bang, CNBlue, FTIsland dan sebagainya... We had enough.

Memang la "Malaysia Boleh", tapi...
Kalau artis KPop nak pakai mini skirt dan short pant yang pendek tak hingat sambil menari-nari pun, tak pelik kot kan...
Kalau artis KPop lain nak buat gaya rambut pelik-pelik, dengan kaler mengalahkan pelangi, eye liner sekalipun, tambah lak dengan subang, agak-agak ada ke 'majlis' yang nak kisah...?
Kalau artis KPop buat itu ini, bergambar macam tu macam ni, ada sapa-sapa pernah fikir berapa ringgit kompeni diaorang dah spend untuk latih dan prepare diaorang sebelum diaorang boleh buat macam tu. Kita..? Hasil kita tu boleh ke nak banding.

Bukan la nak kata negara diaorang kurang dari segi apa-apa, tapi dah budaya mereka macam tu. Kita ni, boleh tak sedar skit, ingat Allah banyak-banyak dan renung-renungkan...

Dan lebih-lebih lagi la bukan, nak condem artis Malaysia. Jangan nak mengada emo dan kecik ati pulak. Kitaorang sebagai peminat hiburan, takde masa nak buat keje-keje macam tu. You all sebagai orang hiburan, sepatutnya you all lebih lagi ada sense dalam hal macam ni.

Artis Malaysia dengan budaya dan gaya Malaysia dah memang bagus. Tak perlu nak kalut-kalut dengan style orang, baik improve diri sendiri. Cuba tengok artis yang versatile dan berjaya macam Search, Wings, Dato' Siti, Sharifah Aini, M. Nasir, Raihan, Sheila Majid, KRU, Anuar Zain, dan ramai lagi lah... Diaorang berjaya dengan menjadi diri diaorang. Fine, maybe bukan la original sangat, tapi at least diaorang filter dan ambil yang baik dan sesuai je. Bukan main angkut dan kaut je.

So that's it. Stop all the M/KPop crap please.